Salam alaik...Tujuan saya menaip entri kali ini adalah untuk berkongsi serta ingat mengingati sesama manusia..jikalau ada kesalahan atau kekurangan dalam penulisan saya...anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di ruangan komen..
Jadikanlah Al-Quran itu sebagai Surat Cintamu.
Jadikanlah Solat itu Penghubung dengan Tuhan Mu.
Jadikanlah Dzikir itu kerinduanmu.
Dan...
Jadikanlah Mati itu Pertemuan pertama dengan Kekasih Mu.
Renung lah sejenak wahai sahabat2 ku..
Ingatlah!!! wahai teman2, sahabat handai, adik2 ,saudara/i serta diriku yang alpa, leka..
Perbanyakan lah amal ibadat mu...sebagai bekalan di hari akhirat kelak..
Berbuat la baik sesama insan serta orang di sekeliling kalian..
Rebutlah peluang untuk berbuat pahala..
Kutiplah pahala sebanyak yang mungkin supaya timbangan di akhirat kelak melebihi timbangan dosa kita..
Hindarkan lah diri kita dari melakukan dosa...samada dosa kecil maupun dosa besar..
Buangkan lah segala perasaan hasad dengki, sombong, bongkak, riak,..kerana tak akan bau syurga
Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka luas..Mohanlah keampunan kepada Allah...Kerana hanya Allah sahaja yang boleh mengampunkan setiap dosa hambanya..
~Ammar makruf nahi mungkar~
Pesanan ini juga sebagai peringatan kepada diri sendiri..Semoga amal ibadat yang kita semua lakukan diterima ALLAH S.W.T. serta hidup kita semua diberkati dan diredhai ALLAH S.W.T....insyaALLAH..
Sebelum saya akhiri penulisan ini...saya ingin minta maaf banyak2 jikalau ada salah silap atau terkasar bahasa di ruangan Dania Tasnim ini...Saya sudahi penulisan kali ini dengan ucapan "wabillahitaufikwalhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"...Maaslamah