Monday, July 27, 2009

Sharing is caring (Recipe)

Here you come the recipe...


Agar-agar Marble


Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 pkt agar-agar
1 1/4 cawan gula
3 gelas air
3 biji telur
Pewarna hijau, merah & coklat
Sedikit esen vanilla
2 sudu mentega / marjerin


Cara2nya:

1. Masak agar2 bersama 3 gelas air
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang'
3. Masukkan susu cair & esen vanilla kedalm telur. Pukul.
4. Tapis agar2 kedalam adunan yang dipukul.
5. Masak serta kacau atas api kecil hingga mendidih.
6. Bahagi kepada 4 bahagaian. Warnakan 3 bahagian.
7. Sudukan ke dalam acuan bergilir-gilir hingga habis.
8. Sejukkan agar2 di dalam peti sejuk.


*******************************************************************************

Apam Moden

Bahan-Bahannya:

1/2 cawan gula (hangitkan) + 2 gelas santan
2 biji telur (di pukul dgn 1 gelas gula)
2 gelas gandum + 1 sudu teh bicarbonate soda

Cara2nya:

1. Masukkan santan yang telah di gaul bersama gula yang telah dihangitkan tdi dan gandum secara bergilir-gilir ke dalam telur yang telah di pukul.
2. kacau sehingga sebati. kemudian tuang ke dalam acuan dan akhir sekali kukus adunan apam tersebut sehingga betul2 masak.
3. Apam moden siap untuk dimakan. boleh makan dengan kelapa.

*Santan boleh di gantikan dengan susu cair- tak perlu dimasak.



P/s: To Auntie Mira..ni resepi apam yang mak cakap semalam.....Mudah je nak buat apam nie...sedap!!!..=)

******************************************************************************

Apung Kukus


Bahan-bahan:

3 biji telur ayam
2 cawan gandum cempaka (rasanya tepung naik sendiri)
1 cawan gula
1/2 cawan air
sedikit esen ros


Cara2nya:

Pukul gula dengan telur sehingga putih. Kemudian masukkan air sedikit-sedikit. Gaul hingga betul2 naik. Masukkan gandum. Gaul hingga sebati. Kukus serta merta.

* jangan pukul adunan dengan mesin mixer (nanti kuih tak naik)



******************************************************************************

Puding Roti


Bahan A

600gm roti (prefer kulit roti)
1 tin susu cair
3 tin air panas
1 sudu besar marjerin
1 sudu teh esen pisang
Raisin (optional)


Bahan B

7 biji telur ayam
280 gm gula


Cara2 nya:

1. Campur kan kesemua bahan A dalam satu mangkuk.Biarkan roti kembang dan hancurkan roti
tadi dengan sudu. Jangan terlalu hancur.
2. Campurkan Bahan B dalam mangkuk yang berbeza. mesinkan telur & gula tadi sehingga
kembang...
3. Kemudian masuk kan bahan B kedalam bahan A..kacau sebati.
4. Ambil Loyang berukuran 9"x 9"..Lenserkan sedekit marjerin.Biar semua bahagian loyang rata
dengan marjerin. Taburkan sedikit tepung gandum dalam loyang tersebut..biarkan ia rata.
5. Kemudian tuangkan bancuhan puding roti tadi ke dalam loyang. Taburkan raisin keatas bancuhan puding roti (jika suka) sebagai hiasan.
6. Panaskan ketuhar selama 5 minit..Selepas itu bakar la puding roti sampai masak selama 1 jam pada suhu 170 darjah.



*******************************************************************************

Spaggetti Bolognese (resepi untuk 50 - 60 org)


5 pkt Spaggetti

Bahan untuk Kuah:

2 kg mince meet (4x 500 gm ramly mince meet)
6 - 7 biji bawang besar ( di cincang halus)
1 labu bawang putih (di cincang halus)
4 tin tomoto puree
2 tin cendawan butang
1 pokok cellary
1 pkt lobak merah ( 5- 6 batang)
6 biji tomato biji
125 gm ceddar cheese
1 camca teh mix herb
1 camca teh oregano
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secekup rasa
Sedikit gula
1 jug air (ikut kepekatan yang disukai)
1 senduk marjerin untuk menumis (boleh campur dengan minyak)


Cara2 nya:

1. Kisar kesemua cellary, carrot dan tomato biji hingga betul-betul hancur.
2. Ketepikan bahan kisar tadi. hiris nipis cendawan butang dan ketepikan.
3. Panaskan periuk. cairkan marjerin. kemudian tumiskan bawang putih hingga naik bau dan di ikuti bawang besar yang dicincang. bawang besar hanya perlu di saute.
4. Selepa bawang sudah lecur, boleh la tuang kesemua bahan kisar bersama tomoto puree tadi ke dalam periuk. Di ikuti mince meet. Pastikan mince meet tidak berketul-ketul. Kacau.
5. Masukkan mix herb, oregano dan serbuk lada hitam tadi. Biarkan mince meet masak sehingga kuah mendidih. Kacau lagi agar tidak berkerak.
6. Kemudian, boleh la masukkan cendawan butang yang telah di hiris kedalam kuah. Masukkan garam serta gula secukup rasa.
7. Tuangkan air ikut kepekatan kuah yang di sukai.
8. Akhir sekali, baru lah masukkan cheese yang telah di potong kecil2. Biarkan cheese cair dengan sendiri. Kacau kuah sentiasa untuk elak berkerak. Didihkan kuah sehingga betul2 masak.
9. Rebus spaggetti hingga masak.
!0. Spaggetti dan kuah bolognese siap untuk di hidang.




p/s: Naufa, Kak cik minta maaf ek..kak cik tak reti nak kurangkan amount ingredient untuk periuk kecil. kak cik dah biasa masak ikut resepi ni...nanti naufa agak2 je la ek..=P...



*******************************************************************************

Acar Ayam

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (basuh bersih)
1/2 senduk cuka
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili kering
Sedikit kunyit
Garam secukup rasa
Air Secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara2 nya:

1. Tumbuk halus @ kisar kesemua bawang merah, bawang putih dan cili kering.
2. Panaskan minyak. Tumiskan semua bahan kisar tadi sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan ayam serta cuka dan garam secukp rasa. Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Biarkan kuah mendidih sehinga ayam benar-benar masak.
4. Acar ayam siap untuk di hidang..





SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday, July 26, 2009

Request from my sister...

Salam alaik...

What am I going to write?

....Actually my sister Naufa was request me to put a recipe in my blog..so that easy for her to refer to recipe that she or her friends wants to use for their cooking..InsyaAllah I'll try my best to share a few recipe with you all in my next post...Please remind me if I forget to do so..(Att: To Naufa) =)...

Saturday, July 25, 2009

Memberi Salam






"Assalamualaikum" atau "Salam" adalah satu ucapan asas yang sering digunakan oleh muslimin dan muslimah sebagai pegangan serta amalan dalam pergaulan seharian sesama islam..kite semua diajar untuk memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa..kalau selisih di tengah jalan sekali pun kita perlu la memberi salam...lebih-lebih lagi kepada orang yang kita kenali..

Rasa nya mudah aja nak memberi salam..kalau tak berjumpa sekali pun, kite semua berhubung dengan rakan2 dan ahli keluarga melalui telefon bimbit (sms), atau ym (Chatting)..masa kite nak menyapa/tegur kawan atau ahli keluarga kita tu..bagi la salam dulu....bukannya susah pun...betul tak?...tapi kan...saya pelik la dengan sesetengah pihak...kalau ym atau sms dengan saya...jarang sangat mereka bagi salam.mereka setakat hantar.. "buzz"..atau pun "hai"....kadang2 saya terfikir..susah sangat ke nak ucap salam?rasanya mereka ni dilahirkan dalam keluarga islam...tapi kenapa la tak digunakan apa yang diajar oleh ibu bapa dari kite kecil hingga la besar...



Buat pengetahuan kita semua, hukum memberi salam adalah sunat..Haa!!!kalau dah beri salam tu...orang yang sambut salam tu wajib la menjawab salam..."Waalaikumusalam"....Kerana hukumnya adalah wajib..kalau tak jawab..dikira berdosa tau...nak ke kite dpt dosa free2 je?Jangan la kite semua ambil mudah dengan memberi salam sesama umat islam...


Berdasarkan firman ALLAH S.W.T:

Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung seti
ap seuatu. (Surah An-Nisa: Ayat 86)



Tapi kalau orang bukan islam bagi salam dekat kita...kita tak wajib jawab...atau pun kita boleh jawab..."Waalaikumusam" ....maksudnya "celaka diatas kamu"...


Dari ayat diatas Rasulullulah s.a.w menjelaskan melalu sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah iaitu:

Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang duduk, yang sedikit ke atas yang banyak, dan pada satu riwayat "yang kecil ke atas yang besar".

(Riwayat Al- Bukhari)


Hadis ini memberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seseorang kepada orang lain dalam islam....Dalam kita memberi salam kepada rakan, ucapan "salam" itu hendaklah jelas agar dapat di dengari supaya tidak menimbulkan perselisihan faham dan sebaliknya.

Mudah tak nak beri salam? tepuk dada tanya la diri kite sendiri? Fikir2 lah ye...semoga kite semua ringan mulut untuk memberi salam sesama insan..dan biarla juga ringan jari untuk menaip "salam" semasa menaip mesej diruangan chatting(ym) atau pun sms.....dalam masa yang sama..kita boleh eratkan lagi silaturrahim sesama insan....insyaALLAH...





Bored...=(


What am I going to do after this?..

Really bored actually...

This morning I read book title "Jangan Bersedih...Jadilah Wanita Paling Bahagia"..that book really intresting..give me a motivation how to be a happier women, how to improve my self to be a good muslimah..really hope one day I will be a happier women and good muslimah in the eyes of ALLAH...insyaALLAH...amin!!!!!!..

In the first place my aim is to finished reading that book by today..almost half I already read..but now, I dont have interest to continue reading the book...I know that book is really good for me and the others...still dont have mood to do anything right now..Just need few hours to get rest...not feeling well actually...feel like to colapse this morning...What else can I do after this?


Gambar Hiasan

"Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan bagi meneruskan kehidupanku serta perjuangan ku yang masih belum selesai...Ya ALLAH aku bermohon, Engkau ampunilah segala dosa hambaMu ini serta rahmatilah hidup ku serta ahli keluarga ku...Permudahkan lah jalan hidup ku...dan Engkau lapangkan lah dada ku...Ya ALLAH aku bermohon kepadaMU...Engkau jadikan lah aku wanita yang paling bahagia serta solehah disisi Mu dan hamba Mu yang sejati"

Amin!!!!!!


Friday, July 24, 2009

Sunnah Berjuang

Salam..entri kali ini, saya ingin berkongsi senikata nasyid sunnah berjuang. Nasyid ini adalah salah satu lagu dari kumpulan Nadamurni..Hayatilah senikata ini ye!!..saya yang mendengarnya..menitis air mata bila menghayati lirik ni...terasa ingin benar menjadi seperti dalam senikata Sunnah Berjuang ini...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasul Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu bayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang




Friday, July 17, 2009

Kalimah Alhamdulillah serta Konsep Syukur

Alhamdulillah?..Apa yang kita semua faham dari kalimah Alhamdulillah?Alhamdulillah adalah salah satu kalimah yang benar-benar menyatakan kesyukuran kita terhadap Allah atas segala nikmat kurniaan yang diberikan..adakah susah untuk kita lafazkan Alhamdulillah?tidak kan!!...ajaran islam ini adalah mudah sekali untuk diikuti..tapi ada segelintir manusia yang susah, berat mulut untuk ucapkan Alhamdulillah..adakah mereka tidak bersyukur dengan apa yang ALLAH dah berikan kepada mereka? atau adakah mereka tidak yakin dengan Allah?Astaghfirullahalazhim...Nauzubillah...

ermmm...Alhamdulillah adalah ucapan yang sangat mudah untuk kita tuturkan dalam kehidupan kita seharian...kita makan..apabila sendawa..kita sepatutnya ucap Alhamdulillah..kita bersin pun ucap kalimah Alhamdulillah..bukan itu sahaja..malah dalam kehidupan kita seharian kita semua seharusnya melafazkan kalimah Alhamdulillah sebagai tanda syukur bila semua aktivi yang kita lakukan berjalan lancar...Walaupun begitu..syukur itu tidak memadai dengan kita mengucapkan Alhamduliilah..kerana konsep syukur dalam islam amat luas pengertiannya yang sesuai dengan fitrah Islam yang bersifat syumul.. syumul tu bermaksud lengkap dan menyeluruh bagi setiap aspek kehidupan manusia.maksud syukur yang sebenarnya ialah perlu dinyatakan serta di terjemahkan dalam realiti hidup kita samada dengan perkataan mahupun dengah amal ibadat.kadang-kadang kita sendiri tertanya-tanya, mengapa kita perlu bersyukur kepada ALLAH?..Cuba kita perhatikan betul-betul dan secara halus, sepanjang hidup ini, kita tidak dapat menghitung segala anugerah nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada kita..kita semua dapat merasa serta mengecapi segala nikmat hidup, nikmat sihat, nikmat masa lapang, nikmat kekayaan, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat berjalan dan banyak lagi nikmat yang tak dapat kita semua hitung.

ALLAH S.W.T berfirman:

Maksudnya:
Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. (Surah Al-Baqarah: Ayat 34)

Contohnya...atas jalan raya..bila-bila masa saya dapat melepasi lampu isyarat yang masih warna hijau..lidah saya dengan ringannya menyebut Alhamdulillah..syukur pada Allah...Saya rasa syukur sangat2 kerana Allah telah mempermudahkan dan mempercepatakan urusan saya..Contoh lain pula...seingat saya..bulan lepas..masa kak long saya ada dirumah parents kami...ketika itu saya menuju ke arah bilik..saya bersin dan lupa nak sebut Alhamdulillah...anak sedara saya Aqil Ihsan yang baru berumur 4 tahun..dia dengan spontan menegur auntienya dengan berkata "bersin cakap Alhamdulillah...syukur pada Allah"...saya tergamam seketika..Ya Allah...anak kecil yang berumur 4 tahun juga reti apa maksud Alhamdulillah..Mudah kan untuk kita semua mengucapakan tanda syukur kita kepada Allah S.W.T..Islam itu Indah bukan?kalau anak kecil pun boleh mengucapakan tanda syukurnya kepada ALLAH..kenapa tidak kita?Kita semua di kurniakan dengan aqal fikiran yang bijak pandai...di beri peluang untuk hidup sehingga umur kita sekarang...sepatutnya kita yang perlu memanjatkan kesyukuran yang lebih kepada ALLAH sesuai dengan petunjukNYA...


Firman ALLAH S.W.T.:

Maksudnya:

Oleh itu, ingatlah kamu kepada-KU (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-KU) supaya AKU membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-KU dan janganlah kamu kufur (akan nikmat KU) - (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)

INGAT!!!!..semua yang ALLAH berikan pada kita atas dunia ini..hanyalah pinjaman semata-mata...ALLAH boleh tarik semuanya dalam sekelip mata..jika kita tidak pandai nak bersyukur dengan apa yang ALLAH dah berikan kepada kita selama kita hidup di dunia..lagi pun kehidupan di dunia ini juga adalah sementara...Kehidupan yang kekal adalah di Akhirat sana..

Fikir lah sejenak wahai sahabat2 ku...serta adik2 ...

Tumpukan & Syukurilah dirimu dengan apa yang ada sekarang!!

Setiap insan mempunyi apa yang mereka sukai, ingini, cinta serta sayang..Tapi bila timbul sesuatu masalah atau perselisihan..pasti ada yang menuding jari menyalahkan orang di sekeliling..malah ada yang sanggup menampar pipi sendiri dan menumbuk-numbuk dinding sebagai tanda protes, tidak suka atau kecewa apabila kehilangan apa yang kita perolehi dan cintai..cuba kita fikir..patut ke kita buat semua tu?adakah dengan berbuat demikian masalah kita akan selesai? atau adakah orang yang ada selisih faham dengan kita akan datang merayu-rayu minta maaf?..bagi saya...semua perbuatan tersebut takde gunanya..seolah-olah kita membuang masa saja..takde faedah pun...malah menyakitkan anggota badan kita sendiri...biasanya kalau ada masalah atau kehilangan yang kita cintai, kita biasanya akan mengingati kembali semua peristiwa, kenangan lama yang pada akhirnya boleh membawa parah, kesedihan yang berpanjangan dam semakin menyeksa kalbunya.

Contoh pertama: dalam situasi perhubungan antara lelaki dan perempuan...pada mulanya mereka cukup sayang antara satu sama lain, cinta, setia satu sama lain..tapi bila ada masalah yang timbul atau selisih faham..mula la salah seoarang dari mereka akan menyalahkan pasangannya sehinggakan pergaduhan tercetus dan keadaan antara mereka bertambah buruk dan hubungan mereka juga semakin renggang..akhirnya mereka akan mengungkit kembali apa yang mereka tak puas hati..dan biasanya bagi kaum perempuan...akan mengingati kembali kenangan lama yang boleh buat mereka nangis berhari-hari, sehingga kesedihan menyelubingi dirinya selamanya..sepatutnya...kita kaum perempuna tak perlu rasa bersalah, rasa menyesal atau rasa sedih...tak perlu juga nak menangis kerana si dia..membazir air mata aja..=)..kita seharusnya bersabar, tabah, serta kuatkan semangat bila hadapi sesuatu ujian ALLAH...kita juga perlu bersyukur dengan segala keputusan ALLAH..keputusan ALLAH adalah yang terbaik buat kita hambanya..mungkin semua yang terjadi ada hikmahnya..mungkin juga Allah tak nak kita terjerumas dalam perkara yang boleh memberi dosa..Allah bagi akal untuk kita berfikir..mana baik..mana buruk...kita sepatutnya boleh berfikir dengan bijak sebelum kita menutur kata.atau membuat sesuatu perkara...kadang2..kata2 yang di keluarakan dri mulut kita boleh merosakkan hubungan silaturrahim sesama insan..Bagi saya..kita sepatutnya buang jauh2 semua kenangan yang menyakitkan hati kita..tak perlu lagi nak di kenang atau diingat semula semua peristiwa lam...mulakan hidup baru..

Dalam contoh lain pula...anak yang kehilangan orang tuanya yang tercinta kerana sakit tua...anak akan berasa kehilangan dan sedih sebab ibu bapa mereka telah pergi selama-lamanya mengahadap ALLAH..tak salah kita sebagai anak nak bersedih atas kehilangan ibu bapa yang tercinta..tapi ingat la..adakah dengan kita bersedih itu...Ibu Bapa kita akan balik ke rumah semula?.tak...yang pergi tetap akan pergi...ajal maut ditangan ALLAH...kita sebagai anak sepatutnya sabar dan tabah dengan segala dugaan yang ALLAH beri...kerana ini juga adalaha salah satu dari ujian ALLAH...nak tengok sekuat mana diri kita apabila menghadapi sesuatu ujian...kita sebagai anak juga sepatutnya banyakkan sedekah AL-Fatihah dan mendoakan kebahagian orang tua kita di akhirat kelak..ni tak....baru kehilangan orang tua...dah tak nak keluar bilik..menangis berhari2...sampai tak selera makan...cuba keluar dari pemikran sebegitu...tak nafikan kita akan bersedih bila ingat dekat orang tua kita yang telah mengandung kan kita, melahirkan, membesarkan, mendidik...tapi jangan la sedih itu menyelubungi diri kita selamanya...Hidup kita masih jauh...jangan terlampau emosi..


Allah jadikan kita sebagai manusia ini...bukan untuk menangisi apa yang kita kehilangan..kita sepatutnya mensyukuri dengan apa yang ada pada kita sekarang..seandainya tangan kita masih boleh menggapai apa yang telah terjadi di masa lalu, sepatutnya kita mengambil peluang yang ALLAH berikan ini untuk mengubah segala yang tidak kita sukai menjadi sesuatu yang kita sukai, senangi..kita tak seharusnya memikirkan hal yang lampau...malah kita hendaklah melipatgandakan pahala serta kebaikan yang masih kurang.. Namun pun begitu..bagi sesetengah pihak..merasakan amat sukar untuk berbuat baik...tapi berbuat dosa amat mudah sekali..cuba tanya diri kita..apa tujuan ALLAH jadikan kita sebagai manusia?apakah peranan kita sebagai hamba ALLAH?lama mana lagikah kita hidup?..fikir-fikir lah....maka yang terbaik buat kita adalah mulakan hari-hari yang baru kerana didalamya kita dapat mengganti yang telah lampau..

Di sini saya inging berkongsi sedikit apa yang diingatkan oleh Al-Quran iaitu ...peristiwa selepas perang Uhud yang ditujukan kepada mereka yang menagisi para syuhada yang telah gugur dan mereka ini merasakan menyesal kerana telah mengikuti ke medan perang..Dari kisah tersebut..saya ingin juga kongsi sepotong ayat Al-Quran yang maksudnya berbunyi begini:

......katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu pasti keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh.".... (Surah Ali-'Imran:Ayat 154)