Saturday, July 25, 2009

Memberi Salam






"Assalamualaikum" atau "Salam" adalah satu ucapan asas yang sering digunakan oleh muslimin dan muslimah sebagai pegangan serta amalan dalam pergaulan seharian sesama islam..kite semua diajar untuk memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa..kalau selisih di tengah jalan sekali pun kita perlu la memberi salam...lebih-lebih lagi kepada orang yang kita kenali..

Rasa nya mudah aja nak memberi salam..kalau tak berjumpa sekali pun, kite semua berhubung dengan rakan2 dan ahli keluarga melalui telefon bimbit (sms), atau ym (Chatting)..masa kite nak menyapa/tegur kawan atau ahli keluarga kita tu..bagi la salam dulu....bukannya susah pun...betul tak?...tapi kan...saya pelik la dengan sesetengah pihak...kalau ym atau sms dengan saya...jarang sangat mereka bagi salam.mereka setakat hantar.. "buzz"..atau pun "hai"....kadang2 saya terfikir..susah sangat ke nak ucap salam?rasanya mereka ni dilahirkan dalam keluarga islam...tapi kenapa la tak digunakan apa yang diajar oleh ibu bapa dari kite kecil hingga la besar...



Buat pengetahuan kita semua, hukum memberi salam adalah sunat..Haa!!!kalau dah beri salam tu...orang yang sambut salam tu wajib la menjawab salam..."Waalaikumusalam"....Kerana hukumnya adalah wajib..kalau tak jawab..dikira berdosa tau...nak ke kite dpt dosa free2 je?Jangan la kite semua ambil mudah dengan memberi salam sesama umat islam...


Berdasarkan firman ALLAH S.W.T:

Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung seti
ap seuatu. (Surah An-Nisa: Ayat 86)



Tapi kalau orang bukan islam bagi salam dekat kita...kita tak wajib jawab...atau pun kita boleh jawab..."Waalaikumusam" ....maksudnya "celaka diatas kamu"...


Dari ayat diatas Rasulullulah s.a.w menjelaskan melalu sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah iaitu:

Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang duduk, yang sedikit ke atas yang banyak, dan pada satu riwayat "yang kecil ke atas yang besar".

(Riwayat Al- Bukhari)


Hadis ini memberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seseorang kepada orang lain dalam islam....Dalam kita memberi salam kepada rakan, ucapan "salam" itu hendaklah jelas agar dapat di dengari supaya tidak menimbulkan perselisihan faham dan sebaliknya.

Mudah tak nak beri salam? tepuk dada tanya la diri kite sendiri? Fikir2 lah ye...semoga kite semua ringan mulut untuk memberi salam sesama insan..dan biarla juga ringan jari untuk menaip "salam" semasa menaip mesej diruangan chatting(ym) atau pun sms.....dalam masa yang sama..kita boleh eratkan lagi silaturrahim sesama insan....insyaALLAH...





No comments: