Monday, July 27, 2009

Sharing is caring (Recipe)

Here you come the recipe...


Agar-agar Marble


Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 pkt agar-agar
1 1/4 cawan gula
3 gelas air
3 biji telur
Pewarna hijau, merah & coklat
Sedikit esen vanilla
2 sudu mentega / marjerin


Cara2nya:

1. Masak agar2 bersama 3 gelas air
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang'
3. Masukkan susu cair & esen vanilla kedalm telur. Pukul.
4. Tapis agar2 kedalam adunan yang dipukul.
5. Masak serta kacau atas api kecil hingga mendidih.
6. Bahagi kepada 4 bahagaian. Warnakan 3 bahagian.
7. Sudukan ke dalam acuan bergilir-gilir hingga habis.
8. Sejukkan agar2 di dalam peti sejuk.


*******************************************************************************

Apam Moden

Bahan-Bahannya:

1/2 cawan gula (hangitkan) + 2 gelas santan
2 biji telur (di pukul dgn 1 gelas gula)
2 gelas gandum + 1 sudu teh bicarbonate soda

Cara2nya:

1. Masukkan santan yang telah di gaul bersama gula yang telah dihangitkan tdi dan gandum secara bergilir-gilir ke dalam telur yang telah di pukul.
2. kacau sehingga sebati. kemudian tuang ke dalam acuan dan akhir sekali kukus adunan apam tersebut sehingga betul2 masak.
3. Apam moden siap untuk dimakan. boleh makan dengan kelapa.

*Santan boleh di gantikan dengan susu cair- tak perlu dimasak.



P/s: To Auntie Mira..ni resepi apam yang mak cakap semalam.....Mudah je nak buat apam nie...sedap!!!..=)

******************************************************************************

Apung Kukus


Bahan-bahan:

3 biji telur ayam
2 cawan gandum cempaka (rasanya tepung naik sendiri)
1 cawan gula
1/2 cawan air
sedikit esen ros


Cara2nya:

Pukul gula dengan telur sehingga putih. Kemudian masukkan air sedikit-sedikit. Gaul hingga betul2 naik. Masukkan gandum. Gaul hingga sebati. Kukus serta merta.

* jangan pukul adunan dengan mesin mixer (nanti kuih tak naik)



******************************************************************************

Puding Roti


Bahan A

600gm roti (prefer kulit roti)
1 tin susu cair
3 tin air panas
1 sudu besar marjerin
1 sudu teh esen pisang
Raisin (optional)


Bahan B

7 biji telur ayam
280 gm gula


Cara2 nya:

1. Campur kan kesemua bahan A dalam satu mangkuk.Biarkan roti kembang dan hancurkan roti
tadi dengan sudu. Jangan terlalu hancur.
2. Campurkan Bahan B dalam mangkuk yang berbeza. mesinkan telur & gula tadi sehingga
kembang...
3. Kemudian masuk kan bahan B kedalam bahan A..kacau sebati.
4. Ambil Loyang berukuran 9"x 9"..Lenserkan sedekit marjerin.Biar semua bahagian loyang rata
dengan marjerin. Taburkan sedikit tepung gandum dalam loyang tersebut..biarkan ia rata.
5. Kemudian tuangkan bancuhan puding roti tadi ke dalam loyang. Taburkan raisin keatas bancuhan puding roti (jika suka) sebagai hiasan.
6. Panaskan ketuhar selama 5 minit..Selepas itu bakar la puding roti sampai masak selama 1 jam pada suhu 170 darjah.



*******************************************************************************

Spaggetti Bolognese (resepi untuk 50 - 60 org)


5 pkt Spaggetti

Bahan untuk Kuah:

2 kg mince meet (4x 500 gm ramly mince meet)
6 - 7 biji bawang besar ( di cincang halus)
1 labu bawang putih (di cincang halus)
4 tin tomoto puree
2 tin cendawan butang
1 pokok cellary
1 pkt lobak merah ( 5- 6 batang)
6 biji tomato biji
125 gm ceddar cheese
1 camca teh mix herb
1 camca teh oregano
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secekup rasa
Sedikit gula
1 jug air (ikut kepekatan yang disukai)
1 senduk marjerin untuk menumis (boleh campur dengan minyak)


Cara2 nya:

1. Kisar kesemua cellary, carrot dan tomato biji hingga betul-betul hancur.
2. Ketepikan bahan kisar tadi. hiris nipis cendawan butang dan ketepikan.
3. Panaskan periuk. cairkan marjerin. kemudian tumiskan bawang putih hingga naik bau dan di ikuti bawang besar yang dicincang. bawang besar hanya perlu di saute.
4. Selepa bawang sudah lecur, boleh la tuang kesemua bahan kisar bersama tomoto puree tadi ke dalam periuk. Di ikuti mince meet. Pastikan mince meet tidak berketul-ketul. Kacau.
5. Masukkan mix herb, oregano dan serbuk lada hitam tadi. Biarkan mince meet masak sehingga kuah mendidih. Kacau lagi agar tidak berkerak.
6. Kemudian, boleh la masukkan cendawan butang yang telah di hiris kedalam kuah. Masukkan garam serta gula secukup rasa.
7. Tuangkan air ikut kepekatan kuah yang di sukai.
8. Akhir sekali, baru lah masukkan cheese yang telah di potong kecil2. Biarkan cheese cair dengan sendiri. Kacau kuah sentiasa untuk elak berkerak. Didihkan kuah sehingga betul2 masak.
9. Rebus spaggetti hingga masak.
!0. Spaggetti dan kuah bolognese siap untuk di hidang.




p/s: Naufa, Kak cik minta maaf ek..kak cik tak reti nak kurangkan amount ingredient untuk periuk kecil. kak cik dah biasa masak ikut resepi ni...nanti naufa agak2 je la ek..=P...



*******************************************************************************

Acar Ayam

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (basuh bersih)
1/2 senduk cuka
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili kering
Sedikit kunyit
Garam secukup rasa
Air Secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara2 nya:

1. Tumbuk halus @ kisar kesemua bawang merah, bawang putih dan cili kering.
2. Panaskan minyak. Tumiskan semua bahan kisar tadi sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan ayam serta cuka dan garam secukp rasa. Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Biarkan kuah mendidih sehinga ayam benar-benar masak.
4. Acar ayam siap untuk di hidang..





SELAMAT MENCUBA!!!

4 comments:

ihsan incalescence said...

sy lapa !!

Khadijah said...

hahaha..g la masak...akak puasa arini...masakkan untuk akak juga ek...boleh makan time nak berbuka karang...

pai_ilham al-adwa' said...

timekasih kak cik...sayanggggggggggggg kakcik!!...selamat mencuba semua..takpe2..nnti naufa pandai2 la agak2...=)
muahx!..
lapar...naufa demam hr ni..huhu...tp gi kelas juga..tak ponteng!

Khadijah said...

sama2 naufa...kak cik pun sayanggggggggggg naufa...rindu sangat2...rasa nak g je india tgh kak cik cuti nie...tapi nak kena start wat projek (kerja lab) pla....untuk thesis...doakan kak cik ea...insyaAllah kak cik masukkan lagi recipe yang mudah2 untuk naufa n kawan2..n untuk sesapa yang kunjung ke blog kak cik...insyaAllah naufa..kita sama2 teruskan peruangan untuk memperjuangkan islam...supaya kita mencapai mardhatillah...insyaALLAH.....moga ALLAH mempermudahkan jalan hidup kita semua...amin!!